LENCONGAN SEMENTARA JALAN GUA MUSANG - KUALA KRAI KINI DIBUKA

Satu lencongan baru telah dibina dan dibuka kepada kenderaan ringan bermula 25 Disember 2007 pada jam 10.30 (maklumat dari JKR Gua Musang). Pembinaan lencongan baru ini adalah  ekoran kejadian  tanah runtuh  yang berlaku di Jalan Kuala Krai-Gua Musang sejak 16 Disember 2007 lalu. Bagaimanapun, di atas faktor-faktor keselamatan laluan hanya  dibuka selorong sahaja pada masa ini dan dijangkakan akan dibuka sepenuhnya pada 1 Januari 2008.

STATUS TERKINI PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN JALAN
Bencana banjir yang melanda negeri-negeri yang terlibat seperti Kelantan, Pahang dan Johor telah mula menampakkan pemulihan terbaik dengan pembukaan semula Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri kepada trafik yang dahulunya ditutup berikutan aras air banjir yang melepasi aras bahaya dan kejadian tanah runtuh.
BANJIR SEMAKIN PULIH

Tahap pemulihan banjir di negeri-negeri yang terlibat seperti Kelantan dan Pahang telah bertambah baik berbanding minggu sebelumnya.

PEMBUKAAN SEMULA JALAN PERSEKUTUAN FT003, JALAN KUANTAN-PEKAN

Jalan Persekutuan FT003, KM 25, Jalan Kuantan-Pekan, (Jambatan Sungai Baung) yang ditutup akibat tanah mendap pada  26 Disember 2007 telah dibuka semula kepada semua kenderaan pada 27 Disember 2007 selepas selesai kerja-kerja pembaikan.

PEMBUKAAN LENCONGAN JALAN PERSEKUTUAN, FT008 GUA MUSANG-KUALA KRAI

Jalan Persekutuan FT008, Jalan Gua Musang-Kuala Krai yang terdahulu ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh telah dibuka semula selorong kepada kenderaan ringan pada 25 Disember 2007 lalu. Laluan ini dibuka semula selepas kerja pembinaan lencongan selorong di KM 55 dan 67 telah siap dibina 24 Disember 2007 lalu dan terbaru lencongan lorong kedua sedang dijalankan dan dijangka dibuka kepada trafik pada 31 Disember 2007 kelak.

PERKEMBANGAN BANJIR TERKINI

Keadaan banjir di negeri Pahang bertambah baik dan semua bilik gerakan negeri telah ditutup pada 28/12/2007 pukul 6.00 petang. Walaubagaimanapun, Bilik Gerakan Bencana di Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur masih beroperasi 24 jam (peringkat 3) seperti biasa. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN DEKAT GUA TEMPURUNG

Laluan hala arah ke selatan di Kilometer 302 Lebuhraya Utara Selatan ditutup selama tiga bulan bagi membaiki kerosakkan teruk pada 3 daripada 16 galang jambatan akibat kejadian tanah runtuh berserta banjir lumpur pada 11 Oktober 2004 kira-kira jam 7:21 malam dekat Gua Tempurung. Ini dinyatakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri S Samy Vellu dalam taklimatnya kepada pihak media pada 13 Oktober 2004.

TANAH RUNTUH DI LEBUH RAYA KUALA LUMPUR-KARAK

Kejadian tanah runtuh telah berlaku di Kilometer 52.4 dekat Bukit Tinggi, Bentong kira-kira pukul 8 malam 1 November 2004 yang mengakibatkan Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak ditutup kepada lalulintas. Bagaimanpun jurucakap polis Bilik Gerakan Daerah Bentong mengesahkan tiada laporan kemalangan jiwa diterima.

TANAH RUNTUH DI JALAN GAP-RAUB DAN KUALA LUMPUR-BENTONG

Beberapa kejadian tanah runtuh telah berlaku di sepanjang Laluan 55 Jalan Gap-Raub dan Laluan 68 Jalan Kuala Lumpur-Bentong pada 2 November 2004. Sebanyak 63 kejadian tanah runtuh telah berlaku di sepanjang Jalan Gap-Raub yang mengakibatkan jalan terpaksa ditutup apabila beberapa batang pokok tumbang merentasi jalan termasuk tanah runtuh.

JALAN TAPAH-RINGLET SEPARUH REBAK

Hampir separuh Laluan FT 059 Jalan Tapah-Ringlet di Seksyen 43.1 telah rebak akibat hujan lebat pada malam 6 November 2004. JKR melalui Unit Pengurusan dan Penyenggaraan Zon Utara telah mengarahkan pihak Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd. pemegang konsesi berkaitan mengambil langkah-langkah segera bagi mempertingkatkan keselamatan pengguna-pengguna yang melalui kawasan tersebut.

Halaman: 36 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,499,139

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 7
Hari Ini : 350
Tahun ini : 117841
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).