MRR2 DIBUKA KEPADA KENDERAAN RINGAN

Jejambat antara Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan persimpangan Taman Bukit Maluri, Kepong di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MMR2) telah dibuka kepada kenderaan ringan yang tidak melebihi 2.5m tinggi dan tidak melebihi 4 ton pada 12 November 2004. Pembukaan terhad ini dilakukan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu.

MRR2 DIBUKA KEPADA SEMUA KENDERAAN

Jejambat antara Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan persimpangan Taman Bukit Maluri, Kepong di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MMR2) yang ditutup sejak Ogos lalu kepada kenderaan telah dibuka kepada semua jenis kenderaan mulai tengah malam 6 Disember 2004. Jejambat tersebut telah dibuka secara berperingkat kepada kenderaan ringan pada 12 November 2004.

KEJADIAN TEBING RUNTUH DI SEKSYEN 110.950 (LHS), LALUAN FT 004,GRIK JELI

Satu kejadian tebing runtuh telah berlaku di di Seksyen 110.950 (LHS),Laluan FT 004 Jalan Grik-Jeli iaitu di Kampung Batu Melintang Luar, Daerah Jeli, Kelantan. Langkah awal telah diambil oleh pihak Unit Pengurusan Penyelenggaraan Jalan JKR Kelantan dan Konsesi Roadcare untuk mengelakkan rekahan yang lebih serius dengan menghampar 'plastic sheeting' dan memasang halangan (barrier) sementara untuk menghalang kenderaan melalui bahu jalan yang mana akan memudaratkan runtuhan tersebut.

MANGSA KORBAN TSUNAMI MENINGKAT KEPADA 51 ORANG

Mangsa yang terkorban akibat ombak `tsunami' yang melanda pantai barat Semenanjung berikutan gempa bumi di Utara Sumatera, meningkat seramai lapan orang menjadikan jumlah mangsa setakat ini sebanyak 51 orang. Pada masa yang sama, 11 orang lagi masih dilaporkan hilang selain 135 disahkan cedera dalam kejadian yang melanda pantai Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan Selangor. Sumber Utusan Malaysia.

BANTUAN JENTERA BERAT KE BANDAR ACHEH

Pihak JKR Malaysia telah memberi sumbangan beberapa buah mesin seperti backhoe dan bulldozer bagi kerja-kerja pembersihan. Proses penghantaran ke Bandar Acheh telah menggunakan KD Mahawangsa pada 4 Januari 2005.

BANJIR LUMPUR DI SABAH, TIGA TERBUNUH

MENGGATAL 18 Julai 2005, Tiga terbunuh dalam kejadian banjir lumpur yang melanda pekan Telipok disini malam tadi. Mangsa-mangsa yang terlibat dikenali sebagai Ajminder Jumaat, 13, Teh Swee Teck, 50 dan Gol Bartus Thomas, 28. Dalam kejadian tersebut Pekan Telipok telah dinaiki air lumpur sedalam dua meter yang turut menghanyutkan berpuluh-puluh kenderaan selain merosakkan bangunan kedai .

MRR2 SELAMAT DIGUNAKAN

Jejambat Lebuh Raya Tengah 2(MRR2), di Kepong yang sebelum ini retak selamat digunakan dan akan dibuka sepenuhnya kepada kenderaan pertengahan tahun depan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata empat daripada enam lorong masih boleh digunakan walau pun terdapat keretakan pada tiang sambut jejambat tersebut sejak dua tahun lalu.

BANJIR YANG MELANDA NEGERI PANTAI TIMUR SEMAKIN PULIH

Tiga negeri yang dilanda banjir iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang telah beransur pulih. Laporan yang diterima dari Bilik Gerakan Banjir JKR Kelantan menyatakan, Jalan Rantau Panjang - Bendang Nyior(Tanah Merah) Dan Jalan Kusial - Kg. Ipoh masih ditenggelami air. Bagi Negeri Terengganu semua jalan yang dinaiki air telah dibuka sepenuhnya.

LAPORAN STATUS KEJADIAN BANJIR

Secara umumnya keadaan banjir di negeri Terengganu, Kelantan , Kedah dan Perlis beransur pulih setakat 8.00 pagi 19 hb.Disember 2005. Di Terengganu Laluan 3 dan Laluan 14 telah dibuka kepada semua kenderaan. Jalan yang masih ditutup adalah Laluan 3685 iaitu Jalan Penarik ke Jalan Permaisuri. Manakala di Kelantan kebanyakan Jalan Utama telah dibuka kecuali Laluan 3, Jalan Pasir Mas/Rantau Panjang dan Laluan196 Jalan Jedok/ Rantau Panjang/Jeram Perdah.

JALAN-JALAN UTAMA DIBUKA SEMULA

Banjir yang melanda negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia semakin pulih. Jalan-jalan utama di negeri Kelantan, Terengganu dan Perak boleh di lalui oleh semua kenderaan. Bagi negeri Perlis dan Kedah terdapat bebarapa batang jalan yang masih ditutup kepada kenderaan ringan. Walaubagaimanapun hanya Jalan Padang Behor - Guar Syed Alwi yang masih ditutup kepada semua lalulintas. Bilik Gerakan Banjir bagi Kedah dan Perlis masih beroperasi 24 jam.

Halaman: 37 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,996

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 9
Hari Ini : 207
Tahun ini : 117698
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).