BELAJAR MENGURUS BENCANA
Gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter yang diikuti tsunami setinggi 10 meter di Jepun, seminggu lalu berjaya mengalihkan persepsi masyarakat antarabangsa yang sejak awal tahun ini tertumpu kepada bencana protes yang berlaku di Asia Barat. Berita mengenai Asia Barat sudah menjadi berita kecil, kerana ketakutan masyarakat antarabangsa menjadi semakin mendalam setelah berlakunya beberapa letupan loji nuklear di Fukushima akibat tsunami.
40,140 MANGSA BANJIR DI EMPAT NEGERI BERPINDAH
Seramai 40,140 mangsa banjir dari empat buah negeri dipindahkan sejak kelmarin. Johor mempunyai mangsa banjir paling ramai dipindahan selain Melaka, Negeri embilan dan Pahang.
SULTAN JOHOR BERKENAN LAWAT MANGSA BANJIR JOHOR
Banjir yang melanda negeri ini mendapat perhatian dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang berkenan melawat mangsa bencana itu di dua pusat pemindahan di Senai, dekat sini hari ini.
1,549 MANGSA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN NEGERI SEMBILAN
Seramai 1,549 mangsa banjir daripada 368 keluarga masih berada di 16 pusat pemindahan di Negeri Sembilan selepas beberapa pusat pemindahan ditutup petang ini ekoran keadaan air banjir mulai surut.
RHB HULUR SUMBANGAN RM80,000
 RHB Bank hari ini menghulurkan sumbangan bernilai RM80,000 kepada Dana Bantuan Mangsa Banjir yang dilancarkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA).
LEBIH 5,000 ORANG MANGSA MASIH DI PUSAT PEMINDAHAN
Keadaan banjir di Kedah semakin pulih apabila bilangan mangsa di pusat pemindahan terus berkurangan mulai petang ini.
KORBAN GUNUNG MERAPI KINI 194 ORANG
Gunung Merapi hari ini terus menghamburkan debu tinggi ke udara, namun ruang angkasa di Jakarta, beratus-ratus kilometer dari sini cerah membolehkan penerbangan antarabangsa disambung semula, hari ini.
BANJIR MAKIN PULIH, 974 MANGSA DIBENAR PULANG
KERTEH: Keadaan banjir melanda pekan Kemasek dan Kerteh berikutan hujan lebat tiga hari lalu kini kembali pulih apabila 974 daripada 1,029 mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sudah pulang ke rumah masing-masing bermula jam 3 petang semalam.
MENUNGGU AIR SURUT

TUMPAT: Biarpun banjir di negeri ini mulai surut, beberapa kawasan perumahan dan sekolah sekitar daerah masih ditenggelami air sehingga 2.5 meter.

Malah, ada penduduk yang terputus hubungan apabila jalan di kawasan perumahan mereka tidak dapat dilalui akibat ditenggelami banjir.Tinjauan Harian Metro mendapati, terdapat rumah penduduk di beberapa kawasan dikosongkan.

Antara kampung yang masih tenggelam ialah Kampung Simpangan, Kampung Jejulok dan Kampung Kubang Bemban.
Keadaan sama juga dapat dilihat di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan yang sehingga kini ditutup berikutan semua empat blok bangunan sekolah dinaiki air.
Ia berikutan kawasan itu menerima limpahan Sungai Golok di Rantau Panjang yang mengalir ke Sungai Mentuan sejak kelmarin.

(Petikan akhbar Harian Metro 11/01/2011)


BAH DI KELANTAN SEMAKIN PULIH
KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan petang ini semakin pulih apabila semua pusat pemindahan di daerah ini sudah ditutup manakala jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan kini berjumlah 2,694 orang berbanding 3,190, pagi semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, hanya 11 pusat pemindahan yang masih dibuka membabitkan dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

(Petikan akhbar Berita Harian 11/01/2011)
Halaman: 25 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,694,983

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 10
Hari Ini : 562
Tahun ini : 313685
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).