PASANG SISTEM RAMALAN BANJIR

MELAKA 2 Nov. - Lebih banyak sistem ramalan banjir akan dipasang di seluruh negara sebagai persiapan menghadapi ancaman banjir pada musim tengkujuh setiap tahun.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 03/11/2011)

JPAM KELANTAN TEMPATKAN 1,000 ANGGOTA DI KAWASAN MUDAH DILANDA BANJIR

KOTA BHARU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan akan menempatkan 1,000 anggotanya di lokasi yang mudah dilanda bah sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir besar tahun ini.

(Petikan Berita Harian Online - 03/11/2011)

DBKL, AGENSI SEDIA HADAPI BANJIR

KUALA LUMPUR: Lebih 100 anggota skuad Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan bantuan 10 agensi dan jabatan kerajaan bersiap sedia membantu warga kota menghadapi kemungkinan banjir kilat yang dijangka melanda kawasan ibu kota sepanjang musim tengkujuh ini.

(Petikan Berita Harian Online - 09/11/2011)

 

JKM JAMIN STOK MAKANAN MANGSA BANJIR CUKUP

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi jaminan semua stok makanan yang disimpannya adalah mencukupi bagi diagihkan kepada semua mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk.

(Petikan Berita Harian Online -28/12/2011)


1,000 ANGGOTA JPAM DIKERAH

KOTA BHARU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan akan mengerahkan kira-kira 1,000 anggotanya yang aktif di seluruh negeri sebagai persiapan akhir menghadapi kemungkinan banjir besar.

(Petikan Berita Harian Online - 09/11/2011)

PAHANG BUAT PERSIAPAN RAPI HADAPI TENGKUJUH

TEMERLOH 10 Nov. - Kerajaan Negeri Pahang melakukan persiapan rapi dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir di negeri ini yang dijangka berlaku pada Disember depan.

(Petikan Utusan Malysia Online - 11/11/2011)

PENDUDUK SUNGAI LEMBING KENA SIAP SEDIA

KUANTAN: Penduduk beberapa kampung di sepanjang pesisir Sungai Kuantan dan Sungai Kenau menghala ke pekan Sungai Lembing, dekat sini diarah bersiap sedia lebih awal bagi menghadapi kemungkinan banjir besar bulan depan.

(Petikan Berita Harian Online - 11/11/2011)

PERUBAHAN IKLIM SEBABKAN CUACA MELAMPAU DI ASIA TENGGARA

HANOI 11 Nov. – Perubahan iklim mampu membawa banjir dan cuaca yang melampau ke Asia Tenggara, kata jurucakap Bank Dunia semalam ketika mengadakan lawatan ke Hanoi di mana beratus-ratus orang terkorban dalam kejadian banjir teruk.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 11/11/2011)

RELA SEDIA HADAPI BANJIR

KOTA BHARU: Seramai 16,500 daripada kira-kira tiga juta anggota RELA sudah bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang akan melanda beberapa negeri akhir tahun ini.

(Petikan Berita Harian Online - 14/11/2011)

BANJIR ANCAM KUIL PURBA AYUTTHAYA

AYUTTHAYA: Banjir terburuk di Thailand menjadikan kompleks kuil purba Ayutthaya kelihatan seperti pulau manakala sebuah patung tidur gergasi Buddha kelihatan berbayang di dalam air.

(Petikan Berita Harian Online - 14/11/2011)

Halaman: 9 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,693,889

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 13
Hari Ini : 564
Tahun ini : 312591
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).