AMARAN ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA DI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi pada hari Ahad mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang melanda perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Tioman (Pahang dan Johor Timur), Condore, Layang-Layang dan Reef North yang dijangka berterusan sehingga Khamis, 24 Dis.