DIPANAH PETIR
TELUK INTAN: “Ketika itu bot kami hampir tiba di jeti, seketika saya ternampak cahaya terang memancar dari jauh sebelum terdengar dentuman kuat menyebabkan saya dan arwah rebah,” kata Mohd Fadli Yunus, 22, anak saudara kepada Yahya Mokdar, 59, yang maut dipanah petir ketika pulang memancing udang galah, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang berhampiran jeti Kampung Sungai Jelawat, Sungai Perak, Yahya maut di tempat kejadian manakala, Mohd Fadli cedera ringan dan dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan susulan.