BANJIR TAK JEJAS UPSR
KANGAR 13 Sept. – Banjir yang berlaku sejak beberapa hari lalu tidak menjejaskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini berikutan persediaan awal telah dibuat dengan menempatkan mereka di beberapa pusat peperiksaan.

(Petikan Utusan Malaysia Online 14/09/2011)
KESEMUA MANGSA BANJIR DI HULU TERENGGANU PULANG
Banjir di daerah Hulu Terengganu kini pulih sepenuhnya dengan semua  mangsa banjir yang dipindahkan semalam dibenarkan pulang ke rumah  masing-masing pagi ini.
GEMPA 6.6 MAGNITUD LANDA UTARA SUMATERA
JAKARTA: Gempa berkekuatan 6.6 magnitud melanda bahagian utara Sumatera awal pagi ini dengan sekurang-kurangnya seorang dilaporkan maut setakat ini.

Petikan Berita Harian Online 06/09/2011
CEMAS MUKA TERTIMBUS DADA DITINDIH BATU: BAH
IPOH: "Saya ini umpama sudah mati hidup kembali," kata Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, mangsa yang tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata di Cameron Highlands, kelmarin. 

(Petikan Berita Harian Online 09/08/2011)
TANAH RUNTUH: LAPAN JAM KELUARKAN MANGSA
IPOH: Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa lapan jam untuk mengeluarkan sembilan mangsa dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di sini.

(Petikan Berita Harian Online 08/08/2011)
NIOSH SEDIA BANTU PERKENAL OSH DI SEKOLAH
KUALA LUMPUR 23 Jun – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bersedia untuk memperkenalkan program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah (OSH) bagi menjadikan institusi itu sebagai tempat yang selamat dan sihat untuk guru, kakitangan sokongan, murid dan pelawat.

(Petikan Utusan Malaysia Online 24/06/2011)
TAKAFUL MALAYSIA BAYAR RM70,000 WARIS MANGSA TANAH RUNTUH
HULU LANGAT 16 Jun - Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) membayar pampasan berjumlah RM70,000 kepada waris 14 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Al-Taqwa, Hulu Langat.
PESARA TAWAR BERSIH LOJI FUKUSHIMA

Kerajaan Jepun belum putuskan terima cadangan ‘misi bunuh diri’


TOKYO: Pada umur 72 tahun, Yasuteru Yamada percaya beliau masih mempunyai masa depan yang baik dalam beberapa tahun mendatang.

Malah dengan usianya sekarang, beliau tidak bimbang risiko yang mungkin dihadapi dengan bekerja membersihkan loji nuklear Fukushima yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami.
“Saya akan mati dulu sebelum barah menyerang saya,” kata Yamada yang mengumpulkan lebih 270 pesara dan pekerja tua yang tidak sabar untuk berkhidmat di kawasan yang paling teruk terjejas akibat kerosakan loji nuklear di dunia sejak Chernobyl.
TENGGARA SEPANYOL DILANDA GEMPA BUMI
Gempa bumi melanda bandar tua di tenggara Sepanyol kelmarin menyebabkan sekurang-kurang 10 terbunuh manakala, rumah runtuh, gereja bersejarah dan bangunan awam turut rosak. Kira-kira 10 orang, termasuk seorang kanak-kanak terbunuh di pekan yang dilanda gempa paling teruk sejak lima dekad lalu, kata kerajaan wilayah Murcia dalam satu kenyataan.
TENTERA LAUT KOREA SERAH BANTUAN

LANGKAWI 7 Dis. – Tentera Laut Republik Korea yang menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bagi membantu mangsa banjir di negara ini.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 08/12/2011)

Halaman: 12 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,407

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 42
Hari Ini : 320
Tahun ini : 310109
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).