AMARAN HUJAN LEBAT PERINGKAT MERAH DI KELANTAN
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah dan angin kencang selaju 40 kilometer sejam (kmj) hingga 70 kmj di Kelantan, manakala amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan untuk Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.Amaran hujan lebat peringkat merah membabitkan beberapa kawasan di Kelantan, antaranya Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli.